Jul 13, 2010

Kebaikan dan Keburukan Blog Sebagai Saluran Baru Dunia Kewartawanan


Menurut Wikipedia, wartawanan adalah seseorang yang melakukan aktiviti mengumpul, menulis dan mengedit pelbagai jenis artikel atau berita. Setiap hari berjuta-juta peristiwa berlaku di seluruh dunia. Oleh yang demikian, seseorang wartawan mempunyai kemahiran dalam mencari dan memilih berita yang mempunyai nilai berita. Nilai berita yang dimaksudkan adalah berita yang orang ramai ingin ketahui. Wartawan juga sangat mahir dalam memilih maklumat yang penting dan kontrovesi sebagai sumber penulisannya.

Kebaikan dan Keburukan Blog

Blogs, lebih formal dikenali sebagai weblog, telah menarik banyak pihak terutamanya syarikat media dan wartawan dengan keupayaannya yang mampu menarik minat pembaca. Dalam beberapa tahun ini, jumlah penulis blog dan pembaca telah mengalami perkembangan pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini menjelaskan bagaimana penggunaan blog hari ini menjadi alternatif kepada penulisan diari secara tradisional dan menjadikannya lebih bersifat tidak rasmi dan santai. Selain itu, blog juga menyerap sebahagian besar peranan kehidupan sosial, menangani pelbagai topik dari isu-isu sains dan politik (Glenn, 2003) hinggalah kepada kehidupan harian keluarga dan kanak (Turnbull, 2004).

Kebaikan Blog

· Bagi seseorang wartawan, penulisan tidak hanya dihadkan pada kerjaya mereka

· Menulis merupakan suatu kemahiran. Lebih banyak seseorang wartawan itu berlatih menulis, mereka akan berjaya menjadi penulis kerana setiap masa mereka menajamkan kemahiran penulisan yang ada.

· Blog boleh membantu menambahkan populariti seseorang wartawan apabila blognya diminati ramai.

· Dengan kewujudan blog, wartawan lebih mudah untuk menulis sesebuah berita dengan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

· Dengan kemudahan mengedit dan akses 24 jam, blog dapat memberikan berita yang terkini kepada masyarakat.

· Dengan kemudahan ruangan komen yang diberikan, pembaca juga boleh berkongsi maklumat, pengetahuan dan pandangan diantara blogger dan pembaca yang lain.

· Masyarakat kini lebih mempercayai blog berbanding media yang sedia-ada. Ini menunjukkan bertapa besar pengaruh blog dalam masyarakat.

Keburukan Blog

· Sebahagian besar blogger Live Journal memilih untuk menulis blog mereka dengan mengikut perasaan mereka (Krisztian).

· Kadang-kala mereka bertindak untuk menulis artikel yang berbau hasutan yang boleh mempengaruhi pembaca untuk bersama-sama berasa tidak puas hati dengan perkara tersebut.

· Blogger menyalahgunakan blog mereka bagi mengeluarkan khabar angin yang boleh menyebabkan berlakunya huru-hara pada masyarakat.

· Terdapat juga blogger yang mendapat bayaran dari pihak tertentu yang mempunyai kepentingan bagi blogger menulis artikel berunsur provokasi yang boleh membakar kemarahan masyarakat yang jika tidak dibendung boleh menggugat keamanan negara.

· Blogger yang tidak bertanggungjawab menggunakan blog untuk kepentingan diri bagi menjatuhkan maruah orang lain.